Sabtu, 6 Disember 2014

Jeruk Mangga Asam Boi



Salam ceria untuk semua pembaca,
Bile online ada jugak terbaca dan kadang-kadang terliur jugak bila tengok gambar kat blog atau facebook tentang kesedapan jeruk mangga asam boi yang sering diwar-warkan. Terdetik jugak nak merasa tapi oleh kerana takde orang yang bawak dan promote depan mata so hasrat tu terpendam jer. Tapi bila my fiancee tunjuk gambar kat wassap yang kawan dia ade jual jeruk mangga asam boi plus my fiancee kata rase jeruk itu sedap (ada bakat menjual)..he3, tak pikir panjang terus order 2 balang sebab akak yang tersayang pun nak merasa jugak. Lagi satu lain-lain ahli keluarga pun nak merasa jugak. Jadi kalau satu mane cukup yer tak??. Sekarang ni tengah tunggu produk yang di order sampai di tangan.


( gambar yang di wassap)

P/s : patut lah sekarang guna online pun produk boleh laku, sebab customer yang jatuh hati pada produk yang ditatap secara maya tidak kurang banyak nyer. Yang penting kena promote dengan kaedah yang berkesan. 

Isnin, 17 November 2014

SEGMEN BLOGWALKING BY SAKURA

Assalamualaikum :)


Maaf entry yang sebelum ni terpaksa dibatalkan sebab nya memang tak boleh and dilarang oleh Nuffnang. Minta maaf semuanya ye. Tapi takpe, kita tukar kepada Segmen Blogwalking dah alang2 tuh :) Thank you kepada info nya ye MNH SASTERA MELAYU

Syarat dia terlalu simple.

 Follow blog sakura :)
 Buat kan entry tajuk SEGMEN BLOGWALKING by Sakura.
 Copy & paste kan code bawah ni dalam entry awak awak. :)
 Dah boleh start blogwalking.
 Tinggalkan entry awak awak dalam ruang komen ni ok? 


So simple kan syarat2 dia. heee~ :) So boleh la ajak ramai ramai join. Boleh kenal :) Good Luck ! Senarai peserta nanti akan di update setiap hari sabtu, insyaAllah :)

Fi Hifzillah,
Wassalam.


Allhumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad

Impian dan realiti


Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua pembaca,
Impian dan manusia sememangnya tidak dapat dipisahkan. 
Apakah yang menjadi jarak dan penghubung di antara impian anda dan realiti??
Jawapannya adalah "TINDAKAN"..
Tanpa tindakan sukar untuk seseorang itu "MEREALITIKAN" impian nya..:-)


                                                                        ( Sumber: google)


Rabu, 16 Julai 2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

Isnin, 14 Julai 2014

CARA MENURUNKAN KOLESTROL DENGAN SELAMAT


Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua pembaca yang berada di mana jua.

Hari ini wanie nak share sikit tentang cara-cara nak turunkan kolestrol untuk kesihatan jantung. Sebelum tu untuk pengetahuan anda semua kolestrol ni ada beberapa peringkat untuk menentukan samada jumlah kolestrol adalah optimal ( yang sepatutnya) , Borderline ( peringkat pertengahan) ataupun High (tinggi). Tahap-tahap tersebut ditunjukkan seperti di bawah. So kalau nak tau tahap kolestrol, anda perlu membuat pemeriksaan. Pemeriksaan boleh dibuat kat klinik or kat farmasi pun boleh juga, wanie ada jugak wat pemeriksaan di klinik atau di farmasi seperti D'apotic. Just amik darah kat hujung jari jer dan tunggu dalam 3 minit dah boleh tau keputusan.Terdapat juga farmasi yang menawarkan pemeriksaan kolestrol percuma untuk masa yang tertentu.  

                                                                Optimal : < 5.2
                                                                Borderline : 5.2-6.2
                                                                High : > 6.3

Kolestrol diperlukan oleh tubuh namun begitu ianya perlu lah seimbang agar tubuh badan kita tak merana dek kerana terlebih kolestrol. Keseimbangan juga ditunjukkan melalui tahap HDL ( kolestrol baik ) dan LDL ( kolestrol jahat). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesan kolestrol bolehlah mengkelik di sini.

Ok aritu wanie ada buat pemeriksaan kolestrol secara percuma di Family farmasi di Setia Tropika dan didapati tahap kolestrol berada di peringkat borderline tapi level nya menghampiri optimal ( fuhh nasib baik). Mungkin pasal wanie suke makan daging n makanan laut tu yang jadi borderline he3. Untie yang check tu suggest makan Oat BG 22 oleh BioGrow, of coz dia suggest makan oat BG 22 coz BioGrow yang taja pemeriksaan percuma ni hik3. Ermm pernah nampak iklan tapi tak pernah cube lagi, kalau ada pun sebelum ni makan oat Quaker jer tapi tu pun dah lama tak makan. Tapi kerana nak tengok keberkesanannya so beli juga satu tin Oat BG 22 untuk percubaan. Sedar tak sedar sekarang ni dah masuk tin kedua dan dah hampir habis dikonsume. He3.


Sumber : google

Selain perlu menjaga pemakanan, Wanie nak cadangkan anda untuk makan oat BG 22 jika mengalami masalah terlebih kolestrol kerana wanie juga sudah mencubanya dan Alhamdulillah pemeriksaan sekali lagi yang dijalankan dalam tempoh tak sampai 4 minggu penggunaan sudah menunjukkan penurunan jumlah kolestrol. Beta Glucan yang terkandung di dalamnya sangat-sangat membantu dalam menurunkan kadar kolestrol. Terdapat 2 pilihan samada dalam bentuk serbuk ataupun cereal yang crispy tapi wanie lebih suke minum yang dalam bentuk serbuk coz senang, just bancuh dengan air suam atau air sejuk dah boleh terus jer minum. Tapi kenalah displinkan diri untuk minum secara berterusan. Sekarang jumlah kolestrol wanie dah masuk level Optimal cume nak kena turunkan sikit lagi paras LDL ( kolestrol jahat) supaya seimbang. 
Ok tak nak cite panjang lagi anda boleh  layari http://biogrow.com.my/Oat-Bran-Powder-Oat-BG22/View-all-products.html untuk maklumat lanjut.
Selamat menjaga kesihatan jantung.










Khamis, 3 Julai 2014

Bubur kacang durian yang enak.


Alhamdulillah diam tak diam sudah masuk hari ke-5 kita menjalani ibadah puasa. Bile berjalan-jalan plak ternampak banyak buah durian dijual memandangkan sekarang adalah musim durian, ermm oleh kerana saya amat meminati durian (tapi takde lah sampai boleh digelar "durian maniac" hehe) so hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua ( dah macam chef wan pulak rase nyer..hu3) cara-cara membuat bubur kacang durian yang enak.

~ p/s: keenakan bubur kacang durian  juga bergantung kepada air tangan masing-masing yang mencube nya yer..^_^

Anda boleh mencube resepi yang mudah dan enak ini sebagai salah satu juadah berbuka puasa untuk famili yang tercinta. Makin bertambah sayang lah cik abang nampaknyer.. bagi yang masih single di luar sana boleh juga merajin-rajinkan diri mencube (untuk tambah bekalan ilmu apabila dah berumah tangga kelak..he3). Ok tanpa banyak omelan lagi disenaraikan bahan-bahan yang diperlukan.

                 
                   i- Kacang hijau -500 gram
                   ii- Gula melaka  - 3 ketul ( saiz yang agak besar)
                  iii- Daun pandan -3 helai
                  iv- Sagu biji ( mata ikan)  -1 sudu besar ( direndam)
                  v-  Durian   - 1 biji ( saiz yang agak besar supaya terasa duriannya)
                 vi-  Air (mengikut kesesuaian samada ingin pekat atau cair)
                 vii- Gula pasir- jika ingin manis lagi.
                 viii- Santan kotak- 1 kotak

Cara-cara membuatnya: 

Langkah pertama : 
Rebus kacang hijau yang telah dibasuh bersih sehingga empuk ( sesetengah orang suka menggoreng terlebih dahulu kacang hijau tu tanpa minyak kemudian direndam dalam air sebelum direbus). Pastikan air menutupi kacang hijau, tambah air lagi jika surut. Jika api besar kenalah selalu dikacau supaya tidak hangus atau hangit.

Langkah kedua : 
Sementara menunggu kacang empuk, boleh masakkan gula melaka di dalam periuk lain menggunakan air yang mencukupi untuk mencairkannya. Jangan guna air terlalu banyak nanti efek plak kat rasa bubur tu nnt.. 

Langkah ketiga :  
Apabila kacang telah empuk / pecah-pecah. Boleh lah masukkan daun pandan, sagu biji dan juga durian. 
Tuangkan juga gula melaka yang telah cair ke dalam bubur tersebut (sila tapis terlebih gula melaka yang telah cair untuk menyingkirkan sebarang benda asing).Kacau rata untuk beberapa ketika supaya kesemua bahan-bahan tersebut bercampur dengan sebati.

Langkah keempat : 
Kecilkan api dan masukkan santan. Boleh teruskan mengacau supaya jangan sampai pecah minyak. Kalau bubur kurang manis boleh lah ditambah gula pasir.

Nah dengan empat langkah yang mudah bubur kacang yang enak telah pun tersedia untuk dinikmati.


                                          
                               Bubur kacang durian  yang digandingkan bersama agar-agar santan

Selamat mencuba dan semoga berjaya untuk anda semua...:-)

Ahad, 29 Jun 2014

                           MARI BARUKAN ROADTAX BERSAMA SAYA

Tajuk entri dah macam tajuk essei plak..he3.
Takde ape, cuma nak share info kat sini jika anda atau ada kawan-kawan yang nak barukan roadtax dan insurans kenderaan tapi tak mempunyai banyak masa atau malas nak pening-pening untuk urusan tersebut boleh lah serahkan tugas tersebut kepada saya. Hanya perlu hubungi / sms saya di talian 012-7158410 ( WANIE ) untuk info lanjut. Saya bersedia untuk memberi khidmat yang terbaik agar anda berpuas hati.
Bak kata omputih "win-win situation".

Salam Ramadhan

Alhamdulillah..hari ini adalah hari pertama dalam bulan ramadhan tahun 2014. Kesuntukan masa membataskan saya untuk mengupdate blog ini.
Ermm dengan sedikit masa yang terluang ini tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam dan semoga kita semua mendapat keberkatan sempenan bulan yang mulia ini..amiin.

Rabu, 14 Mei 2014

14 Mei 2014.
Hari pertama memulakan catatan untuk blog ini. Diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para blogger dan pembaca di luar sana.^_^