Khamis, 3 Julai 2014

Bubur kacang durian yang enak.


Alhamdulillah diam tak diam sudah masuk hari ke-5 kita menjalani ibadah puasa. Bile berjalan-jalan plak ternampak banyak buah durian dijual memandangkan sekarang adalah musim durian, ermm oleh kerana saya amat meminati durian (tapi takde lah sampai boleh digelar "durian maniac" hehe) so hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua ( dah macam chef wan pulak rase nyer..hu3) cara-cara membuat bubur kacang durian yang enak.

~ p/s: keenakan bubur kacang durian  juga bergantung kepada air tangan masing-masing yang mencube nya yer..^_^

Anda boleh mencube resepi yang mudah dan enak ini sebagai salah satu juadah berbuka puasa untuk famili yang tercinta. Makin bertambah sayang lah cik abang nampaknyer.. bagi yang masih single di luar sana boleh juga merajin-rajinkan diri mencube (untuk tambah bekalan ilmu apabila dah berumah tangga kelak..he3). Ok tanpa banyak omelan lagi disenaraikan bahan-bahan yang diperlukan.

                 
                   i- Kacang hijau -500 gram
                   ii- Gula melaka  - 3 ketul ( saiz yang agak besar)
                  iii- Daun pandan -3 helai
                  iv- Sagu biji ( mata ikan)  -1 sudu besar ( direndam)
                  v-  Durian   - 1 biji ( saiz yang agak besar supaya terasa duriannya)
                 vi-  Air (mengikut kesesuaian samada ingin pekat atau cair)
                 vii- Gula pasir- jika ingin manis lagi.
                 viii- Santan kotak- 1 kotak

Cara-cara membuatnya: 

Langkah pertama : 
Rebus kacang hijau yang telah dibasuh bersih sehingga empuk ( sesetengah orang suka menggoreng terlebih dahulu kacang hijau tu tanpa minyak kemudian direndam dalam air sebelum direbus). Pastikan air menutupi kacang hijau, tambah air lagi jika surut. Jika api besar kenalah selalu dikacau supaya tidak hangus atau hangit.

Langkah kedua : 
Sementara menunggu kacang empuk, boleh masakkan gula melaka di dalam periuk lain menggunakan air yang mencukupi untuk mencairkannya. Jangan guna air terlalu banyak nanti efek plak kat rasa bubur tu nnt.. 

Langkah ketiga :  
Apabila kacang telah empuk / pecah-pecah. Boleh lah masukkan daun pandan, sagu biji dan juga durian. 
Tuangkan juga gula melaka yang telah cair ke dalam bubur tersebut (sila tapis terlebih gula melaka yang telah cair untuk menyingkirkan sebarang benda asing).Kacau rata untuk beberapa ketika supaya kesemua bahan-bahan tersebut bercampur dengan sebati.

Langkah keempat : 
Kecilkan api dan masukkan santan. Boleh teruskan mengacau supaya jangan sampai pecah minyak. Kalau bubur kurang manis boleh lah ditambah gula pasir.

Nah dengan empat langkah yang mudah bubur kacang yang enak telah pun tersedia untuk dinikmati.


                                          
                               Bubur kacang durian  yang digandingkan bersama agar-agar santan

Selamat mencuba dan semoga berjaya untuk anda semua...:-)

2 ulasan:

  1. sedap~ hurmm.. fuhh fuhhh... duriannnnn...

    BalasPadam
  2. Erm mmg sedap dan terbaik.. nnt bley lah adila mencube..:-)

    BalasPadam